Monday, November 9, 2009

Mohon bantuan bagi membantu adik NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Pada kawan2  mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL




NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit genetik dan jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia  memerlukan pembelanjaan perubatan melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatanwajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.


Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah)  bagi membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:


Noor Ismail Bin Mohd Ali  (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court ,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari ,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2


Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya anda tidak mampu memberi sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Sunday, November 8, 2009

Rayuan terakhir Yob untuk terus beraksi dalam Liga M




Ulasan drp




di harap kemelut dalam pasukan Perak segera di atasi….. Perak pasukan yang melahirkan ramai berbakat yang bagus… Terbukti dengan kelahiran anak jati Perak seperti Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus(Kelantan) , Razali Umar Kandasamy(Perak), Hardi Jaafar, Nasril Nourdin, R.Surendran(Selangor), Ahmad Fakri Shaarani(Perlis), Shahrulnizam Mustafa(Kedah) malah Perak telah mengilap juga beberapa bakat dari negeri lain untuk bersama skuad mudanya sebelum menjadi terkenal sekarang spt Norshahrul Idlan, Syed Adney(MyTeam), V.Thirumurugan(Kedah). Malah jangan dilupa, penyerang berbisa Selangor, Safee Sali adalah berasal dari Perak. Semua ini bukti bahawa, Perak melahirkan pemain berkualiti

Amat mendukacitakan jika krisis politik ini berlanjutan ke padang bola, lupakan sengketa……. majukan bolasepak Perak……. Perak mempunyai penyokong yang baik serta ramai juga. Penyokong Perak membuktikannya pada 2007 & 2008 apabila memenangi ANUGERAH PENYOKONG TERBAIK MALAYSIA. Amat malang jika, Perak tidak beraksi di Liga Malaysia……. Perlu diingat, Perak adalah pasukan ketiga terbanyak memenangi Piala Malaysia selepas Selangor & Singapura.

JANGAN CALARKAN IMEJ PERAK.
KEJOR YOB KEJOR


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh KAMARUDIN ISMAIL


http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=6560




“JANGAN singkirkan Perak dari- pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.”

Itu permintaan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KP- BP), Abdul Jamil Othman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar memberi peluang terakhir kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Justeru, Jamil meminta pihak pengurusan Pafa menyelesaikan segera masalah hutang yang ditanggung oleh badan induk bola sepak Perak itu.

“Pafa perlu mencari jalan penye- lesaian segera agar Perak akan terus beraksi dalam Liga M musim depan.

“Saya cuma berharap semua pihak dapat meminggirkan segala fa- haman politik masing-masing dalam usaha mencari jalan penyele- saian tersebut,” kata Jamil semalam.

Difahamkan, Pafa menanggung pelbagai hutang termasuk tungga- kan gaji para pemainnya yang mencecah RM2 juta.

Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka serta sebuah pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda dilarang menyertai Liga M 2010.

Larangan FAM itu dikenakan kerana kesemua pasukan tersebut gagal memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu sehingga tarikh tutup pendaftaran Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Kelantan ‘dibebaskan’ kerana Kafa telah menyelesaikan hutang-hutang lapuk berjumlah hampir RM1 juta termasuk tuntutan-tuntutan pemain sebelum ini dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Para penyokong Kejor Yob Kejor inginkan Stadium Perak, Ipoh terus ceria dengan sorakan mereka seperti musim-musim yang lalu,” jelas Jamil.

“Saya percaya suasana bola sepak Perak akan suram jika skuad Kejor Yob Kejor tidak dibenarkan beraksi pada musim 2010 kelak.

“Pemain yang berbakat dari negeri ini akan kerugian kerana tidak dapat mempamerkan kehebatan masing-masing hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” tambahnya.



Monday, November 2, 2009

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Tak tahu samada betul atau tak email ni. Dr penulis ini pun tidak diketahui wujud atau tidak... Baca sendiri, judge sendiri. Saya juga pengemar sayur kangkung... tetapi lepas baca e-mail ni terus tak makan kangkung lagi.. cuma sekali-sekala kalau terpaksa je saya makan sikit.
..............................................................................................................................






Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.


Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang

menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,

kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,

Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

Wednesday, October 28, 2009

TAWARAN SKIM BIASISWA PENYELIDIKAN PASCA SISWAZAH UNIVERSITI (PGD) TAHUN 2009

Kepada semua pelajar pascasiswazah (warganegara Malaysia)

Pelajar yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Biasiswa Penyelidikan Pasca Siswazah Universiti (PGD) 2009 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Skim ini merupakan satu skim pra-perkhidmatan bagi pelajar-pelajar ijazah lanjutan peringkat M.Sc dan Ph.D yang berpotensi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi secara penyelidikan sepenuh masa di IPTA.  Penyelidikan yang dijalankan hendaklah mempunyai potensi aplikasi kepada industri dan pembangunan Negara.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Kementerian iaitu http://ehcd.mosti.gov.my.  Semua permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Ijazah Tinggi, UniMAP.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 NOVEMBER 2009 (Jumaat).   Sebarang penghantaran borang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Saturday, October 24, 2009

Rakaman Gambar sekitar "Short training on spark emission spectrometer"

Spark emision spectrometer (atau arc spark atau optical emision spectrometer) digunakan bagi menganalisis elemen logam dalam sampel pepejal atau dengan kata lain ia digunakan bagi menentukan komposisi kimia sesuatu logam atau aloi (solid) secara kuantitatif. Pada prinsipnya, percikan elektrik (arc @ spark) yang terkena pada sampel menghasilkan suhu yang tinggi lalu dan menyebabkan atom-atom akan teruja. Pengujaan atom-atom ini menghasilkan suatu sinar/ cahaya pada panjang gelombang tertentu. Cahaya diserakan oleh monokromator atau "grating" yang bertindak sebagai prisma kaca (ingat lagi matapelajaran Fizik tingkatan 4 dulu) yang memisah-misahkan cahaya ini mengikut pangjang gelombang tertentu berdasarkan jenis bahan. Akhirnya perbezaan panjang gelombang dikesan oleh pengesan yang memberi maklumat lebih jelas komposisi kimia suatu logam/aloi di skrin komputer.


Q8 MAGELLAN, Bruker, Germany - High-end Spark emission spectrometer (Vacuum Spectrometer)


Latihan telah diadakan seharian pada 23 Okt 2009 dengan penceramah/ trainer merupakan "application specialist/ sales & services engineer, Mr Stewart Tan from MSI Sdn Bhd".  Pada sebelah pagi, latihan dimulakan pada pukul 9 hingga pukul 12.30 tghari. ia dikhaskan untuk operator, juruteknik, jurutera pengajar dan pensyarah yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penggunaan alat ini. Antara aspek latihan termasuklah dari segi tatacara penjagaan, maintenance, safety & precaution, operating procedure dan sebagainya.

Pada sebelah petang (pukul 3 hingga 5 ptg), latihan di khaskan pula kepada pengguna. Seramai 40 peserta yang terdiri daripada pensyarah, jurutera pengajar, juruteknik, pelajar siswazah dan beberapa orang pelajar sarjamuda tidak melepaskan peluang untuk mengikuti sesi latihan ini. Sesi latihan pada sebelah petang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian teori dan hands-on. Pada sesi teori peserta didedahkan dengan beberapa topik seperti;

i) Chemical composition of engineering metals/ alloys: Why spark emission spectrometer?
ii) What are the different between XRF, XRD, EDS, AAS, ICP and electric glow discharge & etc
iii) Basic theory, principle, operation, safety precaution, routine maintenance & calibration.
iv) How about the measurement accuracy… is it ppm or ppb?
v) Quantitative measurement: what users should know before sending samples to machine operators
Sesi teori berlangsung selama 1 jam 30 kerana banyak pertanyaan-pertanyaan daripada peserta yang disambut baik oleh Mr Stewart.



Talk by 15's year experience application specialist/ services engineer, Mr Stewart Tan from MSI Sdn Bhd








Antara peserta yang hadir dan suasana semasa latihan teori


Sesi hands-on, dimulakan agak lewat pada pukul 5.15 petang sebaik selesai minum petang. Sesi ini berjalan agak rancak. Peserta kelihatan lebih faham dan kebanyakkannya memberi komen positif terhadap alat ini. Kesemua pertanyaan dilayan baik oleh Mr Stewart. Peserta yang pulang lewat diberi peluang untuk menguji dan mencuba sampel masing-masing.


 
 
Suasana semasa sesi hands-on training



My FYPs students: Cita, Tekun, Jaya (Moto sekolah Menengah dulu)


Left side: En Azmi Aziz (Operator cum technician) & Right side: En Faisol (engineer) for this arc spark

Thursday, October 15, 2009

Syarahan Dr Mohd Harun sebagai Pensyarah Pelawat


Aku mengenali Dr Mohd Harun sejak tahun 1999 lagi ketika aku menjalankan projek tahun akhir di Malaysia Institut for Nuclear Technology Research, MINT (Sekarang dikenali sebagai Malaysia Nuclear Agency). Pada ketika itu, tajuk tesis aku adalah "Effect of mixing paramaters on Aluminium Matrix Composite". Dari sejak itu, aku dibimbing oleh Dr Mohd Harun dan pembantunya Puan Zaiton Selamat bagi menyiapkan kerja-kerja penyelidikan untuk melengkapkan tesis bagi melayakkan aku mendapat sarjana muda Sains Bahan dari Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, UKM. Setelah tamat pengajian di UKM aku terus ditawarkan tempat sebagai pegawai penyelidik di MINT pada tahun 2002. Sejak dari itu aku menggunakan peluang yang ada untuk mencedok sedalam mungkin ilmu dan pengalaman yang ada pada Dr Mohd Harun untuk aku pelajari satu persatu.

Apa yang dipelajari dr Dr Mohd Harun aku rasakan amat berguna kepada pelajar Kejuruteraan Bahan & Metallurgi, oleh itu, pada 12 Oktober 2009, aku menjemput Dr Mohd Harun hadir ke UniMAP sebagai pensyarah pelawat. Jemputan ini merupakan kali-3 Dr Mohd Harun hadir ke UniMAP memberi syarahan. Alhamdulillah, beliau telah merealisasikan hasrat kami. Walaupun sibuk dgn tugas-tugas penyelidikan, consultation dan ceramah teknikal, beliau masih sanggup datang dari Bandar Baru Bangi, Selangor semata-mata untuk memberikan syarahan selama 2 jam kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek EBT423 Materials Selection Design. Sesi syarahan bermula tepat jam 10 pagi dan berakhir pukul 12.00 tghari. Mungkin kerana pengalaman luas sebagai penceramah teknikal dan pensyarah sambilan di UIA dan UniKL MFI, Dr Mohd Harun, beliau dapat menghabiskan syarahannya tepat pada masanya. Selain itu juga, sesi ceramahnya seolah-olah ringkas tetapi sarat dengan ilmu-ilmu baru dan asas serta pengalaman beliau yang lebih 25 tahun terlibat dalam Failure analysis dan Remnant life assessment menjadikan sesi ceramahnya tidak jemu dan langsung tidak mengantuk.

Walaubagaimanapun, tambahan masa hampir 40 minit sehingga pukul 12.40 tghari disebabkan suasana menjadi semakin rancak apabila pelajar-pelajar menggunakan peluang sebaik mungkin untuk melontarkan satu per satu pertanyaan kepada penceramah. Setiap pertanyaan dijawab dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga pelajar-pelajar yang mengikuti sesi syarahan ini dapat sedikit sebanyak ilmu dan berkongsi pengalaman. Mungkin suatu hari nanti ilmu yang dipelajari semasa sesi syarahan ini dapat digunaka sebaik mungkin. Kepada Dr Mohd Harun, terima daun keladi diucapkan. Harap tahun depan tuan masih sudi datang UniMAP lagi

Wednesday, October 14, 2009

Metallographs from Stereo/Metallurgical Microscope...

Salah satu metallographs hasil drp Stereomicroscope (SZ61, Olympus) & Metalurgical Microscope (BX51M, Olympus).





As-cast Mg-alloys containing minor element of Ca & Al. Equaxed grain, inhomogenous grain size & dendrite Mg structure. It is expected resulted by not complete solidification process.





Perak Football e-Fans Homepage

Powered by Yob4everDotCom