Salurkan sumbangan RM 1 anda kepada tabung ini atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” No. Akaun: 08013010074274 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Sunday, July 22, 2007

Tips: Elak mengantuk

kalau dah stress atau mengantuk sangat kat kuliah amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini.. ikut la arahan betul2... ni ala taichi sikit la... sebagai intro dan warming up.. tiru la macam ni... untuk melegakan bahu dan leher.. wa..wa.. aaa gerak kekanan kemudian ke kiri.. gerak ke kiri kemudian ke kanan ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la.. tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk.. dah tu buat gerakan tangan dan badan... buat macam happy aje.. kemudian goyang2 kaki dan badan sikit... buat macam takde masaalah... buat secara aggresive pula... jangan peduli apa orang lain kata.. hilangkan semua stress... pusingkan kepala... tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak... akhir sekali buat joget kucing... kalau tak hilang juga ... pegi tido sekejap....

Teman di dalam kubur

"Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya" Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya" Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ... AMIN!!!
Related Posts with Thumbnails

Perak Football e-Fans Homepage

Powered by Yob4everDotCom

Search This Blog

Loading...