PERHATIAN KEPADA SEMUA STAF AKADEMIK
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tuan/puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia (MOSTI) telah membuka permohonan Skim Biasiswa Penyelidikan Gunaan Pasca Siswazah bagi Pegawai Dlm Perkhidmatan (LDP) untuk sesi pengambilan 2/2008 kepada pegawai di kalangan Kumpulan Pengurusan & Profesional (Staf Akademik) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi.
2. Tuan/puan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.mosti.gov.my. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Latihan, Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 19 September 2008.
3. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai-pegawai MOSTI yang berikut:
i) Dr. Hanisah Hussin (drhanisah@mosti.gov.my)
ii) En. Hafizul b. Razali (hafizul@mosti@gov.my)
atau di talian 03-8885 8000 / 8069 / 8832 / 8796 dan faks 03-8888 9473.
Sekian untuk perhatian dan makluman tuan/puan.
Terima kasih.
Sharifah Husna Syed Idrus Unit Latihan Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis


1 comments:
prada bags
prada wallets
prada bag
prada handbag
prada handbags
Post a Comment