Monday, March 31, 2008

Perak: Adun DAP keluar parti

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, hari ini keluar daripada DAP sebagai membantah pengagihan barisan exco negeri Perak yang membelakangkan wakil rakyat India. Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu."Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu pembohongan kepada masyarakat India di Perak," katanya dalam surat tersebut. Di majlis angkat sumpah Sabtu lepas, hanya seorang wakil DAP A. Sivanesan (Sungkai) dilantik sebagai exco.Tindakan Sivasubramaniam memberi goncangan besar kepada negeri pakatan pembangkang itu yang memerintah dengan kelebihan tiga kerusi sahaja, 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Malaysiakini mendapat satu salinan surat tersebut. Berikut teks lengkap:(dialamatkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng) Peletakan semua jawatan dalam parti dan keluar dari partiSivasubramaniam a/l Athinarayanan Adalah merujuk perkara di atas,Sehubungan dengan pengumuman seperti di atas, saya dengan ini meletakkan semua jawatan yang saya menjawat selama ini dalam parti termasuk keluar dari parti. Saya mengambil keputusan ini berdasarkan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan pengerusi DAP Perak. "DAP tidak menghormati suara Makkal Sakti" Agihan kerusi ahli exco kerajaan negeri kepada dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh pengerusi Perak sebelum ini. Keputusan ini adalah satu tamparan besar dan juga penipuan kepada masyarakat kaum India di negeri Perak. Kemenangan parti DAP pada pilihanraya yang lepas adalah melalui suara Makkal Sakti.Kemenangan saya di kawasan Buntong pada pilihanraya ke-12 adalah satu mandat dan kepercayaan yang diberi oleh masyarakat kaum India (Makkal Sakti) di kawasan yang saya tandingi. Satu ketika kubu kuat Barisan Nasional. Kemenangan saya adalah kemenangan rakyat kawasan Buntong, saya tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak. "Divide and rule"Justeru dengan pengumuman ini segala keputusan yang saya ambil dalam surat ini adalah muktamad. Sekian. (tanda tangan) SivasubramaniamSalinan kepada: Ngeh Khoo Ham, pengerusi DAP Perak

Sunday, March 30, 2008

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz Lailahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Perak Football e-Fans Homepage

Powered by Yob4everDotCom