Salurkan sumbangan RM 1 anda kepada tabung ini atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” No. Akaun: 08013010074274 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Wednesday, August 19, 2009

KampungKu: Cinta Alam Kelimat Resort

Sekali-sekala balik kampung, bawak anak-bini melawat resort ni, terkenang waktu dulu-dulu. Zaman kanak2 dulu tapak resort ni dipenuhi semak-samun. Disebelah tapak tapak tu ada dusun. Disitu la tempat saya & geng2 murtabak mencuri buah-buah kayu orang kampung. Heheheh... Macam-macam buah ada... durian, rambutan, mempelam, menier, langsat, rambai... huhuu.. rasa nak jadi budak2 balik pun ada hahahah.. Sungai (Sungai Pelus namanya) tepi resort ni dulu, tempat saya & geng2 kampung belajar berenang, main sampan (pegho kata loghat Kg saya), menjala, menahan taut, memancing udang galah dsb... selalu juga berkelah.... kelah maggie atau kelah nasi... (selalunya masak nasi mentah...atau masak rentung.. siap buang dgn periuk-periuknya sekali ke dalam sungai ekekkeekk...). Nak pegi ke resort samasa dgn bas atau dengan kenderaan sendiri mesti lalu depan rumah saya kecuali yang naik helikopter. Cerita kawan2 yang kerja diresort tu, USM selalu datang. UniMAP belum pernah lagi... hahahah.. Nak betul-betul rasa ketenangan jemputlah bercuti ke resort ni...rasanya coverage maxis, celcom, DIGI & TM Touch tak sampai ke resort... so takde sape-sape boleh kacau..
************************************************************************************ ************************************************************************************ ************************************************************************************ Cinta Alam Kelimat merupakan sebuah pulau yang terbentuk hasil daripada mendapan pasir dari Sungai Perlus.Ia terletak dikawasan seluas lebih kurang 0.9 Hektar iaitu di Lot No 628 Mukim Pulau Kemiri, Daerah Kuala Kangsar. Lokasi dan Struktur geografinya begitu unik dan startegik telah melahirkan ilham kepada pencetusnya untuk mewujudkan suatu tempat peranginan yang berkonsepkan "One Stop Training Recreation & Adventure Centre" Maka dengan itu wujudlah Cinta Alam Kelimat. Berasaskan kepada nama "Cinta Alam" Cinta Alam Kelimat masih mengekalkan ciri-ciri alam semula jadi selaras dengan motonya "Natural Eco Village". Selain daripada itu, Cinta Alam Kelimat juga mengaplikasikan konsep "Agro Tourism" dengan menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan untuk santapan para pengunjung. Pemandangan indah daripada Sungai Perlus, kehijauan alam sekitar serta kicauan burung dan unggas dapat memberikan kedamaian jiwa dan mengembalikan kejituan minda. Bagi yang meminati percutian bercorak "Natural Eco Village" boleh la menikmati percutian yang menarik di Cinta Alam Kelimat



Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi
Cinta Alam Kelimat Lot 628,
Kampung Kelimat,
31100 Sungai Siput (U)
Perak Darul Ridzuan.
Tel:05-5286077
Fax:05-5283077
E-Mail:Cinta.alam@gmail.com
Atau terus menghubungi Pengurus Cinta Alam Kelimat

Cik Puty Mitra Abd Aziz 012-2716001

2 comments:

khairi said...

baguss..menarik2 tempat nie.....saya org kedah...plan nak bercuti pada bulan 12 nanti....okay ker utk family

SHaiFuL said...

Tak berani jamin la tuan... saya orang kampung tu.. & tak bermalam lagi kat tempat tu.. tp mengikut cerita pekerja kat situ, banyak yg datang untuk tujuan kursus/ camping..

Related Posts with Thumbnails

Perak Football e-Fans Homepage

Powered by Yob4everDotCom

Search This Blog

Loading...