Salurkan sumbangan RM 1 anda kepada tabung ini atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” No. Akaun: 08013010074274 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Sunday, November 8, 2009

Rayuan terakhir Yob untuk terus beraksi dalam Liga M


Ulasan drp




di harap kemelut dalam pasukan Perak segera di atasi….. Perak pasukan yang melahirkan ramai berbakat yang bagus… Terbukti dengan kelahiran anak jati Perak seperti Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus(Kelantan) , Razali Umar Kandasamy(Perak), Hardi Jaafar, Nasril Nourdin, R.Surendran(Selangor), Ahmad Fakri Shaarani(Perlis), Shahrulnizam Mustafa(Kedah) malah Perak telah mengilap juga beberapa bakat dari negeri lain untuk bersama skuad mudanya sebelum menjadi terkenal sekarang spt Norshahrul Idlan, Syed Adney(MyTeam), V.Thirumurugan(Kedah). Malah jangan dilupa, penyerang berbisa Selangor, Safee Sali adalah berasal dari Perak. Semua ini bukti bahawa, Perak melahirkan pemain berkualiti

Amat mendukacitakan jika krisis politik ini berlanjutan ke padang bola, lupakan sengketa……. majukan bolasepak Perak……. Perak mempunyai penyokong yang baik serta ramai juga. Penyokong Perak membuktikannya pada 2007 & 2008 apabila memenangi ANUGERAH PENYOKONG TERBAIK MALAYSIA. Amat malang jika, Perak tidak beraksi di Liga Malaysia……. Perlu diingat, Perak adalah pasukan ketiga terbanyak memenangi Piala Malaysia selepas Selangor & Singapura.

JANGAN CALARKAN IMEJ PERAK.
KEJOR YOB KEJOR




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh KAMARUDIN ISMAIL


http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=6560




“JANGAN singkirkan Perak dari- pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.”

Itu permintaan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KP- BP), Abdul Jamil Othman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar memberi peluang terakhir kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Justeru, Jamil meminta pihak pengurusan Pafa menyelesaikan segera masalah hutang yang ditanggung oleh badan induk bola sepak Perak itu.

“Pafa perlu mencari jalan penye- lesaian segera agar Perak akan terus beraksi dalam Liga M musim depan.

“Saya cuma berharap semua pihak dapat meminggirkan segala fa- haman politik masing-masing dalam usaha mencari jalan penyele- saian tersebut,” kata Jamil semalam.

Difahamkan, Pafa menanggung pelbagai hutang termasuk tungga- kan gaji para pemainnya yang mencecah RM2 juta.

Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka serta sebuah pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda dilarang menyertai Liga M 2010.

Larangan FAM itu dikenakan kerana kesemua pasukan tersebut gagal memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu sehingga tarikh tutup pendaftaran Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Kelantan ‘dibebaskan’ kerana Kafa telah menyelesaikan hutang-hutang lapuk berjumlah hampir RM1 juta termasuk tuntutan-tuntutan pemain sebelum ini dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Para penyokong Kejor Yob Kejor inginkan Stadium Perak, Ipoh terus ceria dengan sorakan mereka seperti musim-musim yang lalu,” jelas Jamil.

“Saya percaya suasana bola sepak Perak akan suram jika skuad Kejor Yob Kejor tidak dibenarkan beraksi pada musim 2010 kelak.

“Pemain yang berbakat dari negeri ini akan kerugian kerana tidak dapat mempamerkan kehebatan masing-masing hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” tambahnya.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Perak Football e-Fans Homepage

Powered by Yob4everDotCom

Search This Blog

Loading...